PENYANYI dan pelakon Indonesia, Agnes Monica (gambar) nampaknya sudah bersedia untuk mencapai impiannya untuk ke peringkat antarabangsa.
Bersama bintang legenda, Michael Bolton, dia sedang membikin album di Los Angeles.
“Saya sedang berada di Los Angeles untuk rakaman album di studio sekitar dua bulan,” ujar Agnes, Selasa, menurut detikhot.com.
Bukan itu sahaja, Agnes juga memberikan kejutan menerusi lintas langsung video dari studio tersebut ketika bersama-sama Michael Bolton.
Mereka turut menghiburkan penonton program DahSyat dengan menyanyikan lagu Just One Love milik Michael Bolton.
0 ulasan:
Catat Ulasan