Kata Amy lagi, andai satu hari nanti dia perlu menjalani rawatan di hospital, dia berhak duduk di wad kelas pertama atas usahanya berkerja bertungkus-lumus selama ini.
“Saya menyimpan demi anak-anak. Segala rezeki yang saya dapat sekarang, semuanya untuk mereka. Untuk diri saya tidak begitu penting. Sekarang ini saya lebih selesa menyimpan sendiri dan tidak mahu lagi mempercayai sebarang skim pelaburan selepas ditipu sebanyak empat kali.
“Selepas ditipu, saya menjadi lebih berhati-hati. Saya tidak pernah ada pengalaman dalam dunia pelaburan, yang saya tahu hanyalah bidang nyanyian. Apabila ada tawaran yang menjanjikan pulangan menarik, hati saya terpikat. Tanpa mahu bersikap skeptikal dengan orang yang menawarkan skim itu, saya bersetuju menyertainya.
“Lagipun mereka ini ialah peminat saya. Jadi saya mudah percaya mereka tidak akan sesekali menipu saya. Sepatutnya saya tidak boleh terlalu mempercayai mereka kerana akhirnya saya juga yang ditipu. Bukan sedikit kerugian saya alami, tetapi habis bersih mereka tipu saya,” katanya yang serik dengan pengalaman hitam itu
0 ulasan:
Catat Ulasan