Juara pertama MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto, 26, teringin untuk mengendalikan sebuah program masakannya sendiri suatu hari nanti.

Meskipun sebelum menyertai MasterChef, graduan Kedoktoran dari University of Adelaide, Australia ini tidak pernah terfikir untuk mempunyai program masakannya sendiri, namun dia terpaksa akui ia sudah menjadi impiannya kini.

Juara MasterChef Malaysia :Ezani Farhana

"Terus-terang, ketika pertama kali memasuki program ini, saya memang tidak pernah terfikir untuk masuk TV kerana tujuan saya hanya satu iaitu untuk merasai pengalaman dan menimba ilmu masakan sahaja.

"Tetapi bila sudah sampai ke tahap ini, saya mula terfikir untuk mempunyai program masakan sendiri seperti selebriti chef, Datuk Chef Wan.

"Namun jika diberi peluang untuk menjayakan program masakan sendiri, saya terfikir mengenai konsep masakan sambil melancong.

"Sambil memasak saya dapat belajar budaya masakan luar. Rasanya ia merupakan idea yang baik untuk menggabungkan masakan dan melancong," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my.

Walaubagaimanapun, Ezani yang kini terikat dengan kontrak Talent Management Astro selama tiga tahun bakal menumpukan sepenuh perhatian kepada segala perancangan yang bakal direncanakan buatnya.

Namun, Ezani masih kabur dengan perancangan yang akan dilakukan selepas ini kerana dia belum diberitahu mengenai jadualnya.

"Saya akan ikut sahaja apa jua perancangan yang mereka sediakan dan selepas itu baru saya terpaksa meneruskan kerjaya saya sebagai doktor gigi pula," tambahnya lagi

Menerusi peringkat akhir MasterChef, Ezani telah berjaya menewaskan seorang lagi finalis iaitu Wahidan Ag Supain di Tapis Rounge yang telah disiarkan di Astro Ria ada malam Ahad lalu.

Dalam episod yang dinamakan Santapan Penamat itu, Ezani telah memikat hati juri dengan hidangan Salad Nusantara dengan Kekapis sebagai juadah pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah sebagai pemanis mulut.

Manakala Wahidan pula memilih hidangan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus untuk pembuka selera, Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (hidangan utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (pemanis mulut) kurang mengaut markah daripada juri-juri.

Sebanyak 40 peratus markah diperolehi daripada juri profesional yang terdiri daripada chef terkemuka, manakala 60 peratus iaitu markah selebihnya diadaili oleh tenaga pengajar mereka yang terdiri daripada Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top