“Bukan itu sahaja, saya juga tidak pernah putus memohon kepada-Nya untuk memberi kudrat dan tenaga bagi menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang lebih baik.
“Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Apatah lagi, angka tiga itu merupakan nombor bertuah saya (ketawa).
“Kerana itu jugalah, saya mengharapkan agar saya terus dilimpahkan dengan rezeki dan rahmat yang berpanjangan untuk dinikmati bersama suami dan keluarga tersayang,” jelas juara Bintang HMI 1995 yang dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh, Pahang pada 11 Januari 1979.
Dalam masa yang sama, Siti juga dengan penuh terbuka memberitahu dalam doanya setiap hari kepada Sang Pencipta, dia tidak pernah putus meminta untuk dikurniakan cahaya mata yang sekian lama diimpikan.
Untuk itu kata Siti, dia begitu mengharapkan agar tahun 2012 dapat menyaksikan dirinya menjadi seorang ibu sementelah usia perkahwinannya juga akan mencecah enam tahun pada tahun ini.
“Tetapi, saya tetap reda dengan segala ketentuan-Nya. Saya percaya setiap perjalanan hamba-Nya sudah ditentukan dan sebagai umat Islam, saya percaya kepada qada dan qadar,” jelas penerima trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali itu penuh optimis.
0 ulasan:
Catat Ulasan