Majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Ezlynn dan Adam Fahmi berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara.
Pada majlis persandingan berkonsepkan musim luruh dengan gaya mediterranean itu, Ezlynn kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd dengan sepatu khas bertatahkan berlian emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski rekaan pelakon Neelofa bernilai RM20,000.
Adam pula segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna perang rekaan Lord’s Taylor.
Suasana dewan dihiasi dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak daun pokok pine.
Acara bermula pada pukul 9 malam, pasangan mempelai tiba dengan diiiringi oleh ibu bapa masing-masing dan empat orang pengapit berserta alunan lagu klasik sepanyol.
Sepanjang berlangsungnya majlis ia dikendalikan oleh hos yang juga merupakan perunding perkahwinan, Billbora dan diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Datin Eryka, Fazli Zainal, Adibah Noor dan Dafi.
Ezlynn turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai jutaan ringgit.
Sementara itu, untuk majlis potong kek, Ezlynn dan suaminya mengayakan pakaian berwarna lavendar rekaan Khoon Hooi.
Majlis perkahwinan yang ditaja oleh Rafflesia itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Rafflesia, Sin Chean Loong, Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh dan Kenny Loh selain kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah Neelofa, Dafi, Jehan Miskin, Yasmin Hani, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Memey Suhaiza, Amber Chia, Adibah Noor, Farhan, Dynas Mokhtar dan Eja.
Ezlynn sah bergelar isteri kepada Adam, 35, yang juga pengurusnya pada 20 November 2011.
~ Mstar
Gambar-Gambar resepsi perkahwinan Ezlynn-Adam
kek sumpah buruk!! apa tema mediterranean tp kek mcm sampah design! reflessia ni nama je mahal tp kek design mcm sampah. x bwt research dulu ke nok?
BalasPadam