Kasut penyanyi Ezlynn mendapat sentuhan rekaan khas pelakon Neelofa, bagi majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari 2012.

Neelofa menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.

"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya kepada mStar Online selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.

Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.

"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.


"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya.
Ilham rekaan muktamad kasut bernilai RM20,000 ini muncul secara spontan sebelum Neelofa melelapkan mata pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.

2 ulasan:

  1. simple..oklah jgk nmpak klasik dn mcm org tua!

    BalasPadam
  2. cantik sgt mcm kasut zaman purba....pssttt...

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top