Pengacara znil Nawawi sedang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan untuk diserapkan di dalam program realiti terbaru di Astro Ria(saluran 104) berjudul On Air.

Ujibakat On Air akan berlangsung di empat lokasi seluruh Malaysia bermula 14 Januari hingga 5 Feburuari ini.

Lokasi pertama akan berlangsung di Red Box Karaoke, Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 14 dan 15 Januari 2012), diikuti The Puteri Pacific, Johor Bahru (21 dan 22 Januari), Merdeka Palace, Kuching (28 dan 29 Januari) dan lokasi terakhir di Pusat Penyiara Asia (Astro), Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Februari.

Menerusi konsep program On Air tersebut, 14 peserta yang terpilih menerusi uji bakat perlu menjalani kursus melalui silibus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahun dan ilmu mereka daripada pelbagai genre pengacaraan.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqeem, berkata pelbagai tawaran dan hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang program On Air.

"Dalam program ini meraka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama sepuluh minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu berita, majalah dan hiburan.

"Lebih istimewa, juara On Air bakal memenangi kontrak sebagai artis residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan dimumkan kelak," jelasnya.

Episod ujibakat On Air akan ditayangkan di Astro Ria setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula 25 Januari ini.

Syarat ujibakat:

Peserta lelaki atau wanita (bujang atau sudah berkahwin)
Berumur di antara 18 hingga 30 tahun (pada 14 Januari 2012)
Memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah
Boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
Mempunyai personality menarik

Perlu dibawa

Sekeping gambar berukuran 4R
Salinan kad pengenalan
Resume

Kepada anda diluar sana yang amat meminati bidang pengacaraan sila hadir ke ujibakat On Air kerana perkara ini jarang sekali berlaku serta manalah tahu peluang anda untuk menjadi artis residen Astro!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top