Sinopsis filem Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta mengisahkan Amirul, seorang pelakon yang menerima tawaran sebagai watak lelaki Islam. Dia ke sebuah kampung untuk melihat sendiri kehidupan seorang Imam agar dapat menjiwai watak lakonannya.

Di kampung itu, dia bertemu Laila dan mula mencintai wanita itu. Dia yang pada mulanya seorang kaki perempuan akhirnya berubah demi mendapatkan cinta Laila.

---------------------

Assalamualaikum Cinta berkisar sikap seorang wanita muslimah yang berhijab, menyempurnakan rukun Islam dan baru saja tamat pengajian di universiti Islam akan sempurna daripada segala sisinya, apatah lagi sebagai insan biasa sudah pasti banyak kekurangannya. Siapa kata wanita berhijab semuanya sempurna?

Pada mulanya wanita cantik itu lokek senyuman dengan orang lain, walaupun sangat manis dan beradab ketika bersama dengan keluarga dan orang yang dekat dengannya. Namun, di sisi lain dia langsung tidak memberikan seulas senyuman kepada orang lain terutama jejaka yang tiba-tiba datang di kampungnya untuk belajar agama kerana tuntutan kerjanya sebagai seorang pelakon.


Pelakon Assalamualaikum Cinta : Kamal Adli, Diana Amir

Info Assalamualaikum Cinta
PRODUKSI: Metrowealth International Global (MIG)
PRODUSER: David Teo
PENGARAH: Azhari Zain

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top