Super Spontan 2013: Along Tersingkir

Along diumumkan sebagai peserta yang terakhir tersingkir dari Super Spontan 2013 sebelum peringkat akhir berlangsung minggu hadapan.

Penyingkiran Along itu berpunca dari ketewasan Ketam Konfius dari segi undian yang terus memihak ke Semut Sentap dan dua lagi anggota Ketam Konfius iaitu Yus dan Nabil telah memilih Along untuk disingkirkan.

Semut Sentap yang menang pula telah berjaya menyumbang RM5000 kepada badan kebajikan Pusat Perlindungan Wanita.
Super Spontan 2013

Minggu kesembilan Super Spontan 2013 telah berlangsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara dan dihoskan oleh pasangan JoHaRa, Ray dan Haniff dari stesen radio ERA fm. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Penyingkiran Along malam tadi bermakna kesemua enam peserta yang tinggal adalah finalis Super Spontan 2013 iaitu Nabil, Yus Jambu, Tauke Jambu, Johan, Jep dan Ramli.

Seperti biasa lima sketsa dipertandingkan pada malam tadi.

Soal Menyoal menjadi permainan pertama dan peserta harus berinteraksi dengan menjawab soalan dengan soalan.

Duduk, Bongkok dan Berdiri adalah permainan kedua dan kelihatan paling mencabar di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan seorang dari mereka harus duduk, seorang membongkokan diri dan seorang lagi berdiri. Mereka boleh berubah-ubah posisi namun keadaan setiap seorang dari mereka harus mempunyai posisi berbeza.

Permainan ketiga adalah sebuah permainan baru, setiap pasukan akan menghantar tiga wakil dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat ialah sketsa Emosi Tidak Stabil. Sketsa ini memerlukan 3 pemain dari setiap pasukan dan dua prop akan diserahkan kepada mereka. Setiap satu prop itu mewakili satu emosi dan pemain harus melakonkan watak emosi menerusi prop yang dipegang mereka ketika jalan cerita dipersembahkan.

Permainan terakhir ialah Lagu Spontan, dengan diiringi muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap pasukan harus menyanyikan lagu secara spontan berdasarkan individu yang dipilih hos pasangan hos Ray dan Haniff dari kalangan penonton.

Jangan lupa menyaksikan peringkat akhir Super Spontan 2013 minggu hadapan yang akan berlangsung dari Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top