Sinopsis Dia Yang Terpilih

Dia Yang Terpilih mengisahkan tentang Nur Hikmah yang sering didera oleh Pak Ngah (Azhan Rani), Mak Ngah (Faezah Elai) dan Mak Su (Izreen Azminda) kerana bencikan kehadirannya. Kebencian ini mungkin disebabkan Nur Hikmah merupakan anak luar nikah akibat keterlanjuran ibunya. Walaupun dia sering dicaci dan dibenci, namun neneknya (lakonan Ku Faridah) tetap menjaga cucunya itu dengan penuh kasih sayang.

Malang sungguh nasib Nur apabila ibunya sendiri tidak mengaku Nur sebagai anak kandungnya di hadapan suami baru lantas menghalau Nur dan nenek supaya tidak menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Nur yang dahagakan kasih sayang telah mengugut untuk bunuh diri kerana tidak merasa disayangi lagi. Namun begitu, hasratnya terbatal mengenangkan jasa neneknya yang telah bersusah-payah membesarkannya.

Cikgu Haiman (Shah Iskandar) iaitu guru kelas Nur seorang guru yang amat prihatin dan sentiasa mengambil berat hal ehwal pelajarnya berasa curiga dengan sikap Nur yang selalu berdiam diri dan menyendiri. Jasa baik dan sikap prihatin Cikgu Haiman telah disalah erti oleh Nur. Nur mula menyukai Cikgu Haiman, namun perasaan itu ditolak dengan baik oleh Cikgu Haiman yang menyayangi dan prihatin terhadap semua pelajarnya. Kejadian itu telah sekali lagi menyebabkan Nur berasa kecewa dan tidak disayangi.

Apakah kesudahan bagi Nur dan Neneknya? Adakah Nur akan Berjaya melepaskan dirinya daripada kerunsingan hidupnya? Selami lakonan berkesan daripada Puteri Chi Chi, Ku Faridah, Faezah Elai, Azhan Rani dan Izreen Azminda dalam "Dia Yang Terpilih".


http://www.buzzera.net/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top