Tahniah kepada penyanyi Nurul Wahab kerana telah selamat  melahirkan bayi lelaki seberat 3.026 kilogram  pukul 10.28 pagi tadi.

Nurul yang mula merasa sakit sejak 10.30 malam tadi berkata, dia melahirkan anak pertamanya bersama Eric Daniel Depp, 48, itu secara normal.

"Saya tidak sakit lama, kira-kira sejam sekali sahaja sakit. Pada pukul 3 pagi langsung ke hospital dan syukur berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah," katanya memberitahu para peminat menerusi laman sosial miliknya, New Life, New Style, New Rules! hari ini.

Sebelum ini Nurul berpengalaman melahirkan anak sulung, Ayu Nazirah, yang kini berusia 15 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Johor dan Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nurul bersama bekas suami, Ajai.

Kelahiran bayi lelaki ini turut diraikan mertuanya, Roland dan Germaine dengan gembira.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top