Restoran Burgerbyte Zizan Razak

Tahniah Zizan Razak kerana berjaya menjadi seorang usahawan burger dengan membuka restoran Burgerbyte.

Zizan percaya pada produk tempatan apabila memilih untuk menjalankan perniagaan francais restoran Burgerbyte.

Zizan mula tertarik dengan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya yang santai dan selesa.

"Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais.

Restoran Burgerbyte Zizan Razak di Damansara Perdana

"Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan niat untuk menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim.

"Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu," katanya.K

esibukan dengan kerja-kerja lakonan juga tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut.

"Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat.

"Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan Burgerbyte sebaik mungkin," ujarnya.
Restoran Burgerbyte yang diusahakan Zizan secara francais bersama rakan kongsi, Rostam Affendy Abd Rahim.

Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yanh diusahakannya itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain.

Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia

Jom ramai-ramai serbu Restoran Burgerbyte Zizan Razak di Damansara Perdana!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top