Nina Iskandar, artis MIG Production telah berlakon 4 buah filem iaitu Lu Gua Bro, Sniper,Muka Surat Cinta dan Pengantin Malam.

Tapi filem2 tersbut masih belum ditayangkan, dan tarikh tayangannya di pawagam juga belum ditetapkan lagi.

Antara sebabnya ialah menunggu giliran setiap filem itu ditayangkan di pawagam seluruh negara di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan buat Nina yang begitu teruja menantikan reaksi para penonton apabila filem-filem lakonannya itu ditayangkan di pawagam-pawagam kelak.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia tidak sabar dan berdebar-debar menantikan tayangan empat filem itu kerana ia adalah kemunculan pertamanya di layar perak negara ini.

Nina Iskandar

"Kalau di Brunei iaitu di negara asal saya, filem pertama lakonan saya yang bertajuk Ada Apa Dengan Rina telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam di sana pada tahun lepas.

"Tetapi kalau di Malaysia, empat filem itu adalah filem terawal yang saya lakonkan di sini. Saya pun tidak pasti filem mana satukah di antara empat filem itu yang akan ditayangkan dulu.

"Apatah lagi, sambutan para penonton di Malaysia dan Brunei tidak sama. Di Brunei industri perfilemannya tidaklah sebesar seperti di sini daripada segi jumlah penonton.

"Sebab itu, saya berdebar-debar kerana tidak tahu bagaimana dengan sambutan para penonton ke atas empat filem lakonan saya itu apabila tayangannya nanti," katanya.

Filem arahan Eyra Rahman itu menampilkan pelakon popular seperti Farid Kamil, Nora Danish dan Azlan Komeng yang mana ia adalah filem ke-97 terbitan MIG Production.

Jelas Nina, dia mengambil keputusan berhijrah ke Malaysia bagi memberi tumpuan lebih serius dalam bidang lakonan selepas melihat prospek yang lebih cerah di negara ini.

Apatah lagi, dia tambah teruja apabila MIG Production mengikat kontrak dengannya selama lima tahun dengan memberi peluang berlakon dalam filem-filem syarikat produksi itu.

"Semasa di Brunei pun saya cuma sempat berlakon dalam sebuah filem sahaja selain dua drama televisyen bertajuk Balkish dan Rintihanku yang disiarkan di Radio Televisyen Brunei.

"Sedangkan peluang saya berlakon lebih banyak di sini berbanding di Brunei seperti dalam filem dan drama kerana MIG menerbitkan banyak filem serta drama pada setiap tahun.

"Saya tidak akan mempersia-siakan peluang itu tetapi untuk peringkat awal ini saya memang berdebar-debar menantikan penerimaan daripada para peminat di sini," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top