Cristina Suzanne kahwin Januari 2014

Pelakon filem "KIL", Cristina Suzanne Stockstill atau mesra dengan panggilan Cris mengaku telah melangsungkan majlis pertunangan pada 13 Oktober lalu dan bakal berkahwin pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.

Dipetik dari mStar, Cris berkata, "Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.

"Setakat ini, kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014, tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua."

Walaubagaimanapun aktres berusia 28 tahun ini enggan mendedahkan identiti tunangnya, tetapi memberitahu jejaka tersebut merupakan teman sekolahnya dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Mereka juga tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu apabila jejaka berkenaan datang merisik. Ibu Cris yang senang dengan keperibadian jejaka tersebut telah menasihatinya untuk menerima lamarannya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Cris baru sahaja selesai penggambaran filem "CEO" arahan Razaisyam Rashid dan turut dilakonkan oleh Remy Ishak, Beto Kusyairy, Deanna Yusoff dan ramai lagi.

Source : cinema.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top