Rancangan TV2 sempena Aidiladha 2013

Sempena menghayati pengertian dan kepentinganHari Raya Aidil Adha yang bakal jatuh pada 15 Oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H, Radio Televisyen Malaysia (RTM ) menerusi saluran TV2 turut memeriahkan sambutan perayaan berkenaan dengan menyajikan 3 telemovie Melayu,2 Konsert Keagamaan dan 3 Dokumentari yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Bakal temui penonton bermula 15 Oktober ini adalah sebuah telemovie AidilAdha bertajuk Tali lakonan Sabri Yunus, Asrul Faizal dan SyedAiman. Mengisahkan Che Soh yang berhasrat untuk memulihkan kembali tali persaudaraan adik beradik yang kian jauh. Hasratnya semakin sukar apabila persengketaan antara mereka adik beradik makin menjadi runcing.

Keberkatan 10 Zulhijjah turut dihayati dengan telemovie bertajuk Aidil Adha Baitulmuqaddis yang terus bersiaran pada jam 2.30 petang pada hari yang sama. Telemovie yang sarat dengan pengajaran dan keinsafan tentang hari Qurban mengisahkan penduduk di sebuah kampung yang kebiasaannya membeli lembu korban dari Pak Wahab.

Walaupun Pak Wahab terkenal dengan sifat tamak dan sombong,orang kampung tiada pilihan lain untuk membeli lembu. Malah Pak Wahab dansekutunya Sapuan Kontraktor merancang untuk mengganggu perniagaan usahasama TokPenghulu dan orang-orang kampung.

Beberapa minggu sebelum Aidiladha, anak Tok Penghulu bernamaShidi lakonan Wan Raja membawa seorang kawan dari Arab yang bernama Baseeruntuk tinggal dikampung sehingga Aidiladha. Kehadiran Baseer menjadi buah mulutkerana katanya dia seorang yang tinggi ilmu agama.

Kehadiran Baseer membawa perubahan di kampung itusehinggakan anak gadis Pak Wahab bernama Suraya kagum dengan usaha Shidi danBaseer untuk memperbaiki kemajuan kampung. Dalam diam Jali turut meminatiSuraya.Walau bagaimanapun jiwanya tidak tenteram mengenangkankambing-kambingnyamati akibat diracun oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Baseer menyarankan kepada orang-orang kampung untuk menyembelih unta mengikut sunah Nabi lebih afdal. Lantas orang-orang kampungbersetuju dan mula mengumpul duit untuk memesan unta namun mendapat bantahanSuraya. Manakala Jali pula telah mendapat petunjuk siapa yang meracunikambing-kambingnya pada raya haji lepas. Aidil Adha Baitul Muqaddis arahan RajaAzmi dan Shadan Hashim turut menampilkan pelakon seperti Wan Raja, Sari Yanti,Mohd Khairil Anhar, Idris Mohd Diah, Fadil Dhani, Lan Zailan, Sobri Anuar,Roosli Hamid, Rashidah Jaafar, Nazeera Sardi dan Mirza Ahmed.

Telemovie seterusnya bertajuk, ABU yang bersiaran jam 10.00malam pula mengisahkan tentang pergolakan serta konflik dalam hubungan kasihsayang dan pengorbanan di antara sahabat dan kekasih. Sebuah karya Siti JasminaIbrahim dan arahan Khir Rahman mempersembahkan barisan pelakon hebat antaranyaRyzal Jaafar, Syatilla Melvin, Pekin Ibrahim,Nad zainal, Normah Damanhuri danDato Aziz Singah.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan KonsertIstimewa Aidil Adha menerusi "Konsert Soutul Najah", 15 Oktober ini,jam 4.30 petang diTV2. Soutul Najjah atau suara kejayaan sebuah persembahanlagu-lagu dengan alunan bait-bait lirik yang berunsur keagamaan yang saratdengan mesej berunsur ketuhanan, kecintaan pada Rasulullah SAW, nasihat,kemanusiaan, keindahan alamserta menyentuh aspek kehidupan muslim sejagat.

Marilah sama-sama menyaksikan konsert Soutul Najjah denganmenampilkan barisan penyanyi seperti Kumpulan UNIC, Kumpulan Saujana, kumpulanSixth Sense, Najwa Latif, Hafiz Hamidun, Heliza Helmi dan Iwan Shaman.

Tidak ketinggalan juga"Istimewa Bersama ...Raihan", yang mempersembahkan lagu-lagu nasyid popular kumpulan Raihan.

Selain daripada sajian telemovie dan konsert hebat, pastinyaanda ingin menonton program majalah dan dokumentari terbaik TV2 yang memaparkankandungan menarik terbitan JAKIM seperti Dokumentari JAKIM : Battle sertaDokumentar iInggeris It's My Life yang memberi informasi serta sentuhaninspirasi kerohanian pada Aidil Adha ini.

Pastikan temu janji anda bersama RTM dan terus setiamenemani kaca TV anda seisi keluarga pada Hari Raya Aidil Adha ini di Dunia RiaTV2!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top