Pelakon Lindsay Lohan, yang menamatkan tempoh rawatan pemulihan selama 90 hari pada penghujung Julai lalu, mencetuskan kebimbangan apabila sekeping foto menunjukkan dia mencapai botol wain tersebar.

Apatah lagi baru-baru ini dia dikatakan memecat jurulatih yang berusaha membantunya mengelakkan ketagihan arak.

Bagaimanapun, bapanya, Michael Lohan, menganggap spekulasi itu sebagai mengarut.


Dia memberitahu laman gosip RadarOnline.com, cerita itu memang tak masuk akal kerana anaknya tidak pernah minum wain.

Sentiasa dalam keadaan baik

"Saya selalu berjumpa dan bercakap dengan Lindsay. Setiap kali kami bertemu, dia memang dalam keadaan baik. Justeru, saya tidak pernah meraguinya," kata Michael.

Lelaki itu bagaimanapun mengesahkan, baru-baru ini Lindsay tidak lagi menggunakan jurulatih lama, sebaliknya mengupah orang baru bagi memastikan dirinya tidak terjebak semula dalam ketagihan arak.

Jurucakap pelakon itu juga menafikan khabar angin terbabit, sebaliknya menjelaskan, Lindsay terus menunjukkan perubahan yang positif.

Ketika ini, pelakon berkenaan yang menetap di New York dalam perancangan untuk terbang ke Los Angeles bagi menemui beberapa penerbit filem.

Susunan Nurulhisham Abdul Latiff

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top