Benjy bebas tuduhan miliki dadah

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas seorang daripada tertuduh telah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut September lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman turut membuat keputusan yang sama terhadap empat lagi rakan Benjy bagi kesalahan yang serupa.

Mahkamah memutuskan demikian setelah menerima permohonan dari peguam bela Amir Hamzah Arshad mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan mahkamah untuk menggunakan budi bicara melepaskan dan membebaskan tertuduh. - KOSMO!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top