Hubungan Brad Pitt dan Angelina Jolie menjadi tegang kerana pelakon kacak itu secara tiba-tiba bersikap cemburu terhadap kekasihnya itu.

Menurut laporan Showbizspy, Brad mula berasa cemburu apabila melihat Angelina berlakon bersama Takamasa Ishihara menerusi filem Unbroken yang mirip rupa bekas kekasih lesbian Angelina.


"Takamasa memainkan peranan sebagai Miyavi dalam filem terbaharu arahan Angelina. Walaupun tidak memiliki pengalaman dalam lakonan, Angelina tanpa ragu memilih wanita itu sebagai gandingannya.

"Angelina seolah-olah begitu teruja dengan wanita itu sehingga membuatkan Brad cemburu," kata sumber.

Bintang filem Gia itu pernah menjalinkan hubungan dengan pasangan sejenis iaitu Jenny Shimizu dan tidak hairanlah Brad yang sudah tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta bersamanya cemburu dengan wanita Jepun itu. ~ mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top