Sinopsis Kampungku Dan Aidiladha

Kampungku Dan Aidiladha berkisar Lebai Daud kemalangan kecil kerana terkejut apabila sekumpulan pemuda yang merempit memintas motosikalnya.

Gara-gara terkejut, dia sesak nafas akibat sakit dada dan terlantar di rumah. Tok Ketua dan Aril (Ketua Belia Kampung) datang melawat Lebai Daud.

Lebai Daud mahu Tok Ketua sebagai ketua kampung dan Aril sebagai ketua belia melakukan sesuatu. Dia enggan anak muda di kampungnya yang kebanyakannya suka melepak, membuang masa dan malas untuk membabitkan diri dengan kegiatan gotong-royong atau majlis bersangkutan semangat kehidupan berkampung.

Tepat jam 5 pagi, sebelum azan Subuh berkumandang dan sebelum Pak Imam bangun tidur, mesyuarat tergempar diadakan di bilik mesyuarat sebelah masjid.


Pelbagai insiden menarik terjadi termasuk penganjuran uji bakat nyanyian untuk bergelar artis syarikat rakaman untuk golongan muda- mudi di kampung itu.

Dibintangi Zalif Sidek, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fida Ibrahim

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top