Hantu Tok Mudim berkisar mengenai tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Tok Mudim ialah jurukhatan yang hebat di kampung terbabit.

Hantu Tok Mudim ialah karya komedi pertama arahan Waan.

Meskipun diakui mencabar, sutradara ini yakin ia dapat menarik orang ramai ke panggung dengan suntikan elemen adat tradisional Melayu yang diketengahkan. Filem ini akan menjengah pawagam di seluruh negara mulai 21 November.

Hantu Tok Mudim
Bagi mengimbau kembali kegemilangan adat dan tradisi orang Melayu, produksi Showbiz mempersembahkan sebuah filem komedi seram yang diberi judul Hantu Tok Mudim.

Sekali lagi mempertaruhkan filem bergenre lawak, naskhah arahan Waan Hafiz ini dibintangi pelakon yang kian mendapat tempat di hati peminat, Izzue Islam dan Soffi Jikan, serta dibantu Harun Salim Bachik, A R Badul dan Adrea Abdullah.

Difilemkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, selama 15 hari, penggambaran Hantu Tok Mudim mengambil lokasi kampung, secara langsung membangkitkan suasana masyarakat Melayu dulu kala.

Antara paparan dimuatkan dalam filem ini antara kemeriahan acara berkhatan kanakkanak lelaki, prosedur yang kini kebanyakannya dilakukan di hospital atau klinik.

"Dulu kita dapat tengok meriahnya acara berkhatan ini apabila kanakkanak lelaki berarak ke seluruh kampung dan dimandikan dengan ais serta disunatkan oleh Tok Mudim. Tapi sekarang suasana sudah lain dan tradisi ini makin ditinggalkan. Justeru, saya mahu membangkitkan kembali tradisi lama yang sudah tinggalkan itu.

"Saya mahu memberikan peluang untuk orang ramai melihat kembali tradisi lama yang semakin terhakis. Saya bukan hanya mahu memberikan hiburan, tetapi sesuatu yang mempunyai isi untuk tontonan masyarakat. Mungkin orang sudah lupa mengenai tradisi kita, tapi ia tetap wujud. Bagi tujuan itu pula, saya gunakan lokasi kampung di Seri Menanti, sebuah kawasan yang cantik.

"Saya cuba sampaikan sesuatu yang berbeza daripada hantu biasa yang kita selalu tengok dalam filem. Mungkin ada sesetengah elemen tradisi yang saya paparkan tidak lengkap, jadi sebab itu saya sampaikan menerusi komedi," ujar Waan.

Kena berendam dalam ais

Pelakon utama, Izzue, yang menghidupkan watak Borhan, gembira kerana diberi kepercayaan menjayakan peranan bercorak komedi.

Selaku filem komedinya yang kedua selepas Hantu Kapcai, Izzue menyatakan, wataknya dalam filem ini amat berbeza, justeru tawaran itu diterima tanpa berfikir panjang.

Menyifatkan Hantu Tok Mudim sebagai cerita rakyat yang dekat dengan penonton, Izzue juga berkongsi pengalaman ketika menjayakan karakternya sebagai Borhan.

"Antara adegan yang saya tidak boleh lupa ialah babak bersunat, mana saya perlu berendam dalam ais selama beberapa minit. Adegan itu pula dirakam pada tengah malam. Ia cukup menarik kerana saya sendiri tidak pernah dimandikan dengan ais sebelum ini.

"Selain itu, banyak adegan dirakam dalam hutan. Di sana, kami bertembung dengan beberapa haiwan liar seperti babi hutan dan kerbau, tetapi syukurlah ia tidak menimbulkan masalah," katanya yang turut bersyukuran kerana sepanjang penggambaran berlangsung, kumpulan produksi tidak diganggu makhluk halus.

Izzue, Adrea cepat serasi

Bergandingan buat kali pertama, Izzue dan Adrea yang berlakon sebagai pasangan kekasih tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencipta keserasian. Selain mudah untuk keduaduanya saling memberikan kerjasama, kebolehan bertutur dialek sama, iaitu Kelantan, membuatkan mereka cepat mesra.

Bukan sekadar dua pelakon ini yang memudahkan kerja penggambaran dilakukan, malah keseluruhan kru serta tenaga produksi turut menghulurkan kerjasama yang cukup baik. Maka tidak hairanlah apabila filem terbabit dapat disiapkan dalam masa singkat.

https://www.facebook.com/HantuTokMudim

Lagu tema: Potong

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top