Perkahwinan Amir Jahari 

Penyanyi Amir Jahari dengan Kartini Ismail telah berlangsung di Kuching, Sarawak pada pagi Sabtu (5 Oktober 2013).

Amir  (Mohamad Amirullah Jahari) berkata, dia tak menghebahkan mengenai perkara baik itu kerana majlis berkenaan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"Saya mengakui tidak menghebahkan tarikh saya akan berkahwin tetapi tidak pula mempunyai niat untuk menyorokkan perkara baik itu daripada sesiapa.

Perkahwinan Amir Jahari

"Majlis yang berlangsung itu hanya dibuat secara sederhana sahaja untuk keluarga kedua-dua belah pihak," katanya.

Amir dan Kartini, 27, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat pukul 9 pagi pada majlis yang diadakan di Penview Hotel, Kuching.

Pada majlis itu, Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top