Teater Bahayanya Wanita

Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater tersebut akan mendedahkan kehidupan berpoligami dan tidak bertujuan untuk merendahkan konsep keluarga tersebut.

Menurut Umie Aida , masyarakat perlu memandang ia dari sudut positif yang sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti.
Teater Bahayanya Wanita

Teater bergenre komedi dipilih berikutan tren penonton yang lebih gemar kepada bahan jenaka dan santai berbanding drama berat.

Teater yang diterbitkan oleh Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan Ashari.

Nora Danish buat pertama kali menerima pelawaan Frensis Sdn Bhd iaitu kepunyaan Erra Fazira, Umie Aida dan Ziela Jalil ini mengakui agak berdebar untuk berlakon disamping barisan pelakon-pelakonnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top