Switch Off musim ke-2

Program yang mendapat pengiktirafan Chicago International Film Festival Television Award, Switch Off, kini kembali dengan musim kedua pada setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula Ahad ini.

Misi Switch Off dalam musim terbaru kali ini adalah lain daripada musim lalu. Jika sebelum ini seorang ahli kumpulan perlu mencari barangan dalam rumah yang gelap, kini tanggungjawab mereka lebih berat namun santai apabila mereka perlu menyelamatkan ahli kumpulan mereka daripada terperangkap dalam rumah misteri di tengah hutan.

Selain itu, mereka juga perlu mencari tiga limau mandarin dan melengkapkan logo Switch Off dalam suasana gelap. Misi mereka akan dianggap berjaya apabila dapat menyelesaikan semua misi terbabit dalam masa 15 minit.

Pastinya tugasan diberikan ini sukar untuk dilengkapkan kerana keadaan yang gelap!

Musim kedua Switch Off masih mengekalkan Radhi OAG sebagai pengacara kerana penampilannya yang spontan, lucu dan karakternya yang agak nakal!

Switch Off musim kedua tidak hanya akan memaparkan aksi band tempatan Malaysia seperti Drama Band, Amir Jahari, The Padangs, Stonebay, Pita Hati, Salam Muzik, I Am Neeta dan Tres Empre. Malah, turut membawakan kelainan dengan menampilkan pelakon wanita muda seperti Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Aisya Hasnaa, Almy Nadia untuk menyerikan lagi rancangan ini dengan ragam mereka.

Penampilan istimewa pengacara rancangan di TV9 seperti Bell Ngasri dan Faiz Makan Angin juga pasti menjadikan Switch Off musim kedua lebih hangat dan riuh rendah dengan kehadiran mereka!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top