#LigaLawak 

Program realiti terbaru terbitan TV3, Liga Lawak Superstar (LLS) bakal menemui penonton bermula 6 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam dan disiarkan secara langsung dari studio FINAS, Hulu Klang.

Untuk episod pertama, penonton akan disajikan dengan aktiviti `boot camp' yang dilakukan oleh semua peserta membabitkan pelakon dan penyanyi yang diadakan di Hulu Langat.

Lapan kumpulan yang terdiri daripada 16 selebriti terkenal tanah air bakal berentap  bagi merebut wang ganjaran bernilai RM 250,000 .

Program yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor.

"LLS merupakan satu platform untuk pelakon drama TV3 mempamerkan kehebatan mereka dalam menghiburkan penonton. Peserta akan dibahagikan kepada pasukan A dan B di mana setiap episod akan mempunyai lima segmen yang menyaksikan pelakon melakukan tugasan yang sangat berat secara spontan. Ini merupakan cabaran besar buat mereka memandangkan mereka bukanlah seorang pelawak," ujar Afdlin .

Mereka yang bakal mempamerkan aksi spontan dalam program berkonsepkan sarkas ini terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi dan Aidil Aziz), Aku (Idzham Ismail dan Hairi Safwan), Aku Diandra (Sheera Iskandar dan Qazem Nor), Ayoub Lasak (Iqram Dinzly dan Mikael Andre), Apa Kasih Toq (Kamal Adli dan Fizz Fairuz), Derhaka Seorang Sinderella (Amyza Aznan dan Aman Nassim), Spy Kampung (Zalif Sidek dan Syafiq Kyle) dan OMG (Anas Ridzuan dan Akim Ahmad).

Kesemua peserta turut diberikan seorang pelawak untuk memberi panduan serta tunjuk ajar kepada mereka di mana kumpulan Asmara Luna memilih Ropie,  Aku (Bell Ngasri), Aku Diandra (Ilya), Ayoub Lasak (Aziz M.Osman), Apa Kasih Toq (Didie Alias), Derhaka Seorang Sinderella (Hamdan), Spy Kampung (Farouk Hussain) dan OMG (Sathiya).

"Kami di TV3 sangat teruja dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan Afdlin bagi menjayakan program ini. LLS merupakan platform terbaik buat pelakon-pelakon drama untuk membuktikan bakat kreativiti mereka yang bukan hanya sekadar terikat dengan watak mengikut skrip semata-mata, malah mampu menghiburkan para peminat dan penonton secara langsung di kaca televisyen," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar.

LLS menampilkan tiga juri profesional terdiri daripada Adlin Aman Ramli selaku Ketua Juri, Ida Nerina serta Vanidah Imran bagi mengadili kesemua peserta di mana 50% sistem permarkahan adalah daripada mereka. Manakala 30% lagi menerusi undian SMS dan 20% daripada penonton di studio.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top