Raja Azmi sudah selamat bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada malam Ahad 13 Oktober 2013.

Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.

Pengantin perempuan diwakil walikan oleh abangnya iaitu Raja Azman Raja Sulaiman serta bersaksikan oleh adik bongsunya, Raja Azizdin Raja Sulaiman dan menantunya, Mohammad Shadan Hashim.

Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Rombongan lelaki turut membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih.

Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.

Upacara membatalkan air sembahyang dilakukan sejurus selepas akad nikah dengan Eddie menyarungkan gelang emas putih ke tangan Raja Azmi.

Pasangan ini terdahulu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di kediaman wanita tersebut di Ukay Perdana, Ampang.

Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar walaupun berasa gementar.

"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.

"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top