Lagu tema OST filem Balada Pencinta ini adalah lagu baru yang ditulis dan dinyanyikan  oleh Khir Rahman berjudul Nanti.

Dengan melodi yang menyayat hati, sesuai dengan bait puitis lirik­nya, Nanti menerangkan bagaimana Aishah melengkapkan kehidupan Amir dan harapan yang diletakkan Amir dalam menghabiskan sisa hidupnya di sisi Aishah walau sedar akan hakikat bahawa dirinya tidak setaraf dengan gadis pujaannya itu.

Lirik Lagu Nanti - Khir Rahman 

Nanti kau kan mengerti kasih perasaanku
Nanti kau kan menangis sedih mengenangkanku
Yang menginginkan kamu selalu
Dalam setiap nafasku

Korus
Izinkan ku lahirkan janji dari rasaku
Izinkan ku lagukan kasih hanya buatmu
Kerna nafasku ini mati tanpa hadir nafasmu

Ohhh....

Dalam selebar dunia yang satu
Akan ku seru raikanlah cintamu
Kenapa bila disampingmu
Aku mampu memujuk rajukku
Dan pabila kau tersenyum
Akan sembuhlah semua lukaku

Semoga nafas kita kan bersatu

Oh....

Dalam selebar dunia yang satu
Akan ku seru raikanlah cintamu
Kenapa bila disampingmu
Dikau mampu memujuk rajukku
Dan pabila ku tersenyum
Kerna sembuhnya semua lukaku

Semoga nafas kita kan bersatu

Oh....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top