Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca keretakan hubungan antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Menurutnya, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut kerana hubungannya bersama Uqasha tidak lebih daripada sekadar rakan.

Tambahan, semua sedia maklum, Uqasha dan Pekin telah bertunang pada awal Julai lalu dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun depan.

"Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada," kata Sharnaaz kepada Utusan Online di sini hari ini.

Mengenai dakwaan bahawa Uqasha ada ke rumahnya untuk menonton DVD, dia menegaskan, perkara itu tidak benar.

"Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya.

"Kes pukul pun tidak selesai lagi, sudah datang kontroversi baru. Banyak sangat kontroversi sampai saya pun sudah penat nak melayan semuanya," katanya berseloroh.

Sharnaaz sebelum ini banyak terpalit dengan kontroversi antaranya kes hangat percintaan antara dia dan penyanyi, Shila Amzah.

Februari lalu, dia mengeluarkan kenyataan kepada Utusan Malaysia supaya tidak mengaitkan lagi namanya dengan keluarga Shila Amzah yang menandakan berakhirnya hubungan percintaannya itu. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top