BOLLYWOOD aktres yang juga bekas Miss Universe 1994, Sushmita Sen, baru-baru ini menerima anugerah berprestij, Anugerah Antarabangsa Peringatan Mother Teresa sebagai menghargai jasanya yang banyak melakukan aktiviti kebajikan dan keadilan sosial.

Pelakon berusia 37 tahun yang juga seorang model itu bukan saja cantik luaran, namun mempunyai hati yang murni. Kejelitaan yang dimilikinya melayakkan dirinya dimahkotakan sebagai Miss Universe yang pertama berasal dari India dulu.

Sushmita juga sangat sukakan kanak-kanak dan ketika dia berusia 18 tahun, dia mengambil anak perempuan yang dinamakan Renee. Dia amat menyayangi Renee dan sentiasa membawa Renee ke acara yang dihadirinya. Renee amat bertuah kerana dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah daripada ibunya yang jelita dan dia juga bercita-cita untuk menjadi Miss Universe suatu hari nanti. Sebagai langkah awal untuk anak kesayangannya itu membiasakan diri dengan segala limpahan cahaya selebriti, Sushmita selalu membawa Renee berjalan di pentas peragaan bersamanya.

Pada 2010, Sushmita mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama Alisha ketika bayi itu baru berusia tiga bulan. Renee gembira kerana kini dia mempunyai adik dan sanggup berkongsi bilik sehingga bilik adiknya itu siap diubah suai.

"Saya sangat sayangkan kanak-kanak dan sanggup membesarkan Renee dan Alisha sendirian. Saya ingin memberi segala kebahagiaan kepada mereka dan tidak mahu melepaskan sedetik waktu pun untuk melihat mereka membesar," katanya.

Setiap kali hari jadi kedua-dua anak-anaknya itu, dia akan mengadakan majlis yang turut dihadiri oleh semua ahli keluarganya.

"Sambutan hari jadi ialah hari untuk bersama orang tersayang jadi saya mahu Renee dan Alisha gembira. Saya tidak mahu rasa terasing," katanya.

Berkenaan anugerah yang diterimanya, dia sangat gembira kerana sejak remaja lagi dia amat menyanjung tinggi pengorbanan Mother Teresa. Dia berkongsi kegembiraannya itu bersama peminat menerusi Twitternya.

"Ia adalah penghormatan yang tinggi untuk saya menerima anugerah ini atas nama Mother Teresa," katanya.

Malah, ketika dia dimahkotakan Miss Universe, Sushmita turut melahirkan penghargaannya kepada Mother Teresa. ~ HM


Sushmita Sen (Actress)
Sushmita Sen is an Indian film actress, model and beauty pageant title holder. She was crowned Miss Universe 1994 by outgoing title holder Dayanara Torres of Puerto Rico at the 43rd edition of the Miss Universe Pageant on May 20, 1994. Wikipedia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top