Sinopsis Longkai

Longkai mengisahkan mengenai kumpulan penarik kereta atau dikenali sebagai longkai yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes. Eddie dan Bada ialah pasangan adik-beradik longkai yang ditugaskan untuk menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, iaitu seorang wanita berjiwa besi. Rimau diam-diam menyimpan perasaan terhadap Bada.

Mojo dan Bayam pula ialah musuh tradisi Eddie dan Bada. Namun adik perempuannya, Soraya, bercinta dengan Eddie secara senyap-senyap.

Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau dan kehadirannya mengubah hubungan Eddie dan Bada. Ini membuatkan Rimau mengesyaki tujuan sebenar kemunculan wanita itu.

Kemesraan antara Zarina dan Bada juga mengundang rasa cemburu Rimau. Sementara itu Mojo semakin geram kerana segala rancangan jahatnya akan dipatahkan geng Eddie. Dia yang mahu membalas dendam cuba meminta bantuan Naga, seorang samseng terkenal.

Poster Longkai


Longkai

Terbitan: MIG Pictures Sdn Bhd
Penerbit: David Teo
Pengarah: Hashim Rejab

Pelakon: Faizal Hussein, Niezam Zaidi, Erra Fazira, Wawa Zainal, Pierre Andre, Dira Abu Zahar, Zul Handyblack, Along Eyzendy, Mikail Andre

Longkai Official Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top