Kumpulan Tiga

Kumpulan Tiga dianggotai Arween, Alfie (Syed Alfrizal), Maya (Maya Haryanto) dan Zack Marican.

Ketua kumpulannya Arween atau nama sebenar Mohd Qhairol Ighssan berkata, kumpulan tersebut menekan konsep vokal secara harmoni.

"Single pertama berjudul Pengakuan pula dicipta oleh penyanyi Alyah yang pernah menyertai kumpulan ini suatu ketika dahulu. Lagu ini dibuatnya semasa dia masih dalam kumpulan ini,” katanya.

Kumpulan Tiga memperjuangkan genre muzik yang pelbagai termasuk 'world music', pop RNB dan pop rock.

Bercakap tentang lagu Pengakuan katanya, karya itu mampu menambat hati pendengar dan mesra radio.

"Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami," katanya.

Kumpulan Tiga

Bagaimanapun, dia menolak langkah kumpulan itu melakukan kerjasama dengan Alyah adalah untuk menumpang popularitinya.

Sementara itu, Alyah berkata, Pengakuan diciptanya sekitar tahun 2005 yang mendapat pengaruh muzik kumpulan The Fabulous Cats.

"Saya buat lagu tersebut ketika saya masih lagi ahli kumpulan ini dan saya akui sedikit sebanyak ada pengaruh muzik The Fabulous Cats.

"Namun disebabkan ramai ahli kumpulan ini yang boleh mengubah lagu, maka lagu saya disimpan sahaja dan tidak sangka sekarang baru ada yang meminta untuk menyanyikannya," kata Alyah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top