Pelangi Untukmu - Konsert Ning Baizura

Tarikh :Saturday, 16 November 2013
Masa : 8:30pm
Tempat :TM Convention Center

Konsert yang paling dinantikan, "Konsert Pelangi Untukmu' dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

Ning Baizura - Konsert Pelangi Untukmu

"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan." Kata Ning Baizura.

Pihak kami memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali pada Pejabat Office TicketCharge di Fraser Business Park.

Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui TiketCharge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top