Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini berkenan melancarkan buku bertajuk "Kegemilangan Raja-Raja Melayu" yang mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu di negara ini.

Buku setebal 409 muka surat itu yang diterbitkan oleh Leone Communications Sdn Bhd turut memaparkan salasilah semua sembilan Raja-Raja Melayu di negara ini.
Selain itu buku itu juga menceritakan latar belakang darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Leone Communications, Datuk Zakaria Husain, memberitahu pemberita, buku itu selain menjadi bahan rujukan universiti dan penyelidik, boleh juga digunakan sebagai cenderahati kerajaan kepada negara luar.

Sebanyak 10,000 naskhah akan dicetak dalam setahun dan untuk permulaan pihaknya sudah mencetak kira-kira 200 buah buku yang dijual dengan harga RM450 senaskhah.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, serta sejarawan, Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim, yang juga penasihat kepada penerbitan buku itu. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top