Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda, termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di sini akan bergelap selama sejam esok sempena kempen Earth Hour 2011.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen minyak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.

Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC Fadzilah Said berkata, semua lampu yang tidak penting di bangunan itu, termasuk di Menara Dato Onn, akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan penggunaan lampu walaupun ada acara yang telah ditetapkan, tapi yang pasti, lampu di bahagian pentadbiran tidak akan dipasang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top