Umum mengetahui tentang perkahwinan Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Daphne Iking dengan seorang ahli perniagaan bernama Azmi Abdul Rahman. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 8 Januari lalu di tempat kelahirannya di Sabah.

 

Walaupun pernah gagal dalam perkahwinan pertama, namun ia tidak pernah menghalang Daphne untuk berkahwin lagi. Malah, apa yang membanggakan, wanita ini telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam sekaligus dikenali dengan nama Dahlia Eleanor Iking.

 

Bagi rakan-rakan 'Celepets' Daphne yang terdiri daripada Atilia, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Yasmin Hani dan Serena C, mereka berasa gembira kerana rakan baik mereka akhirnya bertemu jodoh semula selepas lebih setahun pengacara The Breakfast Show NTV 7 ini hidup menjanda.

 

Ikuti temubual ringkas GUA dengan beberapa anggota Celepets mengenai perkahwinan kawan baik mereka serta perasaan mereka apabila Daphne memeluk Islam.

 

Atilia

"Saya gembira tengok dia gembira dan sebagai kawan, saya harap dia gembira dengan perkahwinan baru dia. Kami memang rapat dan tahu tentang perkahwinan dia tapi kami tidak dapat pergi ke majlis perkahwinannya kerana masing-masing sedang sibuk. Setakat ini, kami hanya berkomunikasi melalui Blackberry saja.

 

"Sebelum ini dia ada bertanya tentang agama Islam, dan sebagai seorang Islam, syukur alhamdulillah kerana kami telah mendapat saudara baru. Saya juga percaya, Daphne buat keputusan untuk masuk Islam bukan atas dasar cinta, tapi dia memang percaya dengan agama ini. Dia seorang yang bijak dan sebagai kawan, saya akan cuba bagi semangat dan panduan kepada dia."

 

Dynas Mokhtar

"Sejak dia kahwin, kami belum sempat untuk berjumpa. Harap-harap kami dapat jumpa ketika Sazzy buat 'baby shower' nanti. Tentang perkahwinan dia, sudah tentu 'Celepets' antara orang yang paling awal tahu tentang perkara ini. Dia ada beritahu beberapa bulan sebelum dia kahwin. Kami gembira untuk dia dan kami akan terus menyokong dia.

 

"Pada mulanya saya tak tahu dia masuk Islam, tapi bila dia beritahu, kami rasa teruja sangat sebab dapat saudara baru. Namun, kalau dilihat dari cara dia, dari dulu lagi kami cakap dia lagi nampak Melayu dari kami semua. Apa yang saya pasti, dia tidak peluk agama Islam kerana nak kahwin.

 

"Dia dah lama ambil kelas agama. Masa itu dia tak bercinta lagi dengan suami dia. Saya harap, Daphne banyak-banyak bersabar dalam menempuh alam perkahwinan. Apa yang penting, mereka kena percaya dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

 

Yasmin Hani

"Alhamdulillah, bagus sebab dia dah kahwin. Sudah tentu saya dan yang lain tumpang gembira dengan perkahwinan dia. Walaupun kami rapat, kami tidak pergi ke majlis perkahwinan dia di Sabah kerana bagi kami, ia adalah majlis yang privasi dan hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

 

"Tentang Daphne memeluk agama Islam, sudah tentu saya gembira dan saya doakan semoga dia bahagia sampai ke akhir hayat. Semoga dia mendapat pedoman dan bimbingan dari suami serta sokongan dari peminat dan pihak media."

 

Aishah Sinclair

"Alhamdulillah, saya rasa gembira sangat sebab tambah lagi seorang umat Islam. Ia merupakan satu perkara yang menakjubkan. Daphne seorang wanita yang cantik dalaman serta luaran dan saya juga kenal suami dia, dia seorang yang baik. Saya harap semoga perkahwinan mereka kekal bahagia sampai ke anak cucu.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top