Pertemuan bertemu Datin Seri Tiara Jacquelina di majlis pengumuman projek terbaru Enfiniti Vision Media, teater muzikal “The Secret Life of Nora” tidak GUA lepaskan. GUA mahu mendapatkan kepastian tentang gosip yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan suaminya, Dato’ Seri Effendi Norwawi.

 

Jawapan pelakon yang cukup popular menerusi filem Puteri Gunung Ledang itu ringkas sahaja. “Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah kerana memilikinya yang saya anggap seorang suami yang terbaik. Saya rasa tak ada suami di dalam dunia ini yang mencintai isterinya sebaik suami saya.”.

 

Tersenyum GUA mendengar jawapan ringkas yang cukup bermakna dari mulut Tiara sendiri. Tidak melenting, malah tenang menjawap pertanyaan kerana Tiara sedar yang dirinya tidak memerlukan gosip sedemikian rupa. Beliau tidak memerlukan cara begitu untuk terus mengekalkan namanya dalam industri dan jauh sekali mengejar trofi anugerah berdasarkan undian populariti.

 

GUA berharap selepas ini tidak perlulah mana-mana artis yang sanggup menggunakan taktik sebegini iaitu menggunakan nama suami orang lain hanya semata-mata untuk mengekalkan nama mereka dalam bidang seni ini. Kalau produk atau karya anda berkualiti dan wajar diperbualkan, peminat akan terus memperkatakan anda, tetapi bukannya nama melonjak naik hanya kerana menjadi parasit pada kejayaan orang lain.

 

GUA tidak terkejut sekiranya gosip tersebut sengaja direka oleh artis-artis yang terdesak untuk meneruskan hayat mereka dalam dunia hiburan ini. Lebih-lebih lagi di musim anugerah seperti Anugerah Bintang Popular yang sedang hangat persaingannya sekarang. Pasti ada cerita yang ingin dikongsi bersama peminat, tanpa mengira ia cerita baik atau pun cerita kontroversi.

 

Asalkan yang penting, nama mereka sentiasa disebut-sebut peminat. Setidak-tidaknya, ada juga peminat yang terpancing dengan gosip murahan itu dan akan memangkah di kotak nama mereka dalam borang undian tersebut.

 

Kepada artis yang berhajat mereka gosip sendiri, ingatlah ada banyak cara lain untuk terus popular dan yang paling utama adalah menghasilkan produk atau karya yang berkualiti. Ingat! Itulah formulanya.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top