Tersergam indah di tengah-tengah kota Melaka dan segala peninggalan sejarahnya, adalah Hotel Equatorial Melaka. Sebuah bangunan gah 22 tingkat yang dilengkapi dengan 496 bilik dengan hiasan dalaman terindah dan menenangkan mata. Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan berdekatan dengan semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti gereja merah St. Paul, serta muzium, pusat membeli belah, restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk.

 

Dengan pilihan bilik-bilik Deluxe atau Suite, setiap bilik menawarkan pemandangan yang hebat sama ada berhadapan dengan Selat Melaka ataupun Gereja St Paul. Bilik- bilik yang luas ini juga menawarkan keselesaan dengan adanya kemudahan lain seperti internet berbayar serta mesin faks peribadi (atas permintaan).

equatorclubroom72236168

Oleh kerana hotel ini dikategorikan sebagai hotel khas buat perniagaan, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para profesional perniagaan yang berkunjung seperti Pusat perniagaan di Equator Club Lounge di tingkat 21.

presidentialsuiteliving

Selain itu, hotel ini juga menyediakan pelbagai pilihan bagi sajian makanan. Di antaranya termasuklah Rest House Cafe yang terkenal dengan aneka pilihan di meja buffet, Coffee Corner buat pencinta kek dan kopi, serta Flo Lounge buat yang gemarkan konsep lounge dan persembahan kugiran.

 

Tidak lupa juga di hotel ini terdapatnya K5, The Street Bistro, sebuah bistro terbuka yang menyediakan sajian barat dan timur dengan dua buah TV plasma besar yang sentiasa menyiarkan acara sukan secara langsung dan juga variasi MTV. Bistro ini juga merupakan bistro yang beroperasi selama 24 jam! Ini diserikan lagi dengan Restoran Seri Nyonya yang menghidangkan suasana serta masakan Peranakan asli. Tidak ketinggalan Oasis-on-the-Fourth, sebuah bar terbuka di kolam renang yang sesuai buat acara barbeku atau jamuan di tepi kolam renang. Equatorial Melaka juga mempunyai sebuah restoran Jepun yang hebat iaitu Restoran Kampachi.

equinoxfitnesscentre225

Bagi mereka yang suka berekreasi, anda boleh beriadah dengan berenang di kolam renang, bermain tennis ataupun bersenam di gymnasium. Sambil itu, jangan lupa mencuba bilik stim dan sauna, jacuzzi dalaman atau luaran, serta kelas-kelas aerobik yang tersedia di Equinox Fitness Centre.

banquetcorporatedinner9

Pelbagai kemudahan juga tersedia buat mereka yang ingin mengadakan majlis-majlis besar mahupun mesyuarat-mesyuarat penting di dewan-dewan dan bilik-bilik khas yang ada. Pendek kata, Hotel Equatorial Melaka ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun berkerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top