JAKARTA: Demi menyenangkan upacara pernikahannya, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti (KD) (gambar) menempah 25 bilik di Hotel Sahid Jaya untuk menempatkan keluarga kedua bakal pengantin.

“Insya-Allah terdapat 25 bilik yang disediakan untuk keluarga Krisdayanti dan Raul,” ujar salah seorang sumber yang dikenali nama H Usman, Jumaat.

Akad nikah KD dan Raul akan dilaksanakan pada 20 Mac inidi Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Sahid, Jakarta.

Menjelang hari pernikahan, KD mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, Jumaat. Majlis tersebut dihadiri teman-teman KD dari kalangan artis termasuk penyanyi dangdut Iis Dahlia.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top