Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Majlis Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) akan menganjurkan program ”Earth Hour” peringkat bandar raya Kota Kinabalu itu pada 26 Mac ini.
Katanya, Hotel Hyat Regency Kinabalu akan menerajui program itu dengan menutup semua lampu yang tidak penting selama sejam mulai 8.30 malam.
"Di Sabah, program ”Earth Hour” diamalkan bagi kali ketiga dan DBKK mengambil bahagian buat julung kali dengan menutup lebih 500 lampu jalan dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
”Earth Hour” merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global.
Semasa acara ini dijalankan, penduduk dunia disarankan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama satu jam pada hari Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan