Kerajaan tidak pernah mengawal media dalam talian menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih dalam peringkat awal perbincangan untuk mengkaji semula keberkesanan akta tersebut termasuk kesalahan menyalahgunakan bahan-bahan media cetak yang berkaitan.
"Usaha ini adalah penting dan bertepatan dengan masa dan keadaan supaya akta ini terus mantap dan kekal relevan demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Hee bertanya sama ada kerajaan berhasrat meluaskan definisi akta tersebut meliputi kandungan multimedia dalam internet, Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, Hee dalam satu kenyataan berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan mahu KDN mengkaji semula keputusan tersebut demi kepentingan rakyat. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top