GUA berkunjung ke Auditorium MBSA pada petang ini untuk menyaksikan ‘soundcheck’ Konsert Pertama Kumpulan B. Apa yang GUA boleh simpulkan melihatkan persembahan protege dan mentor, rata-ratanya telah bersedia untuk menghiburkan penonton malam Ahad ini.

 

Jika minggu lalu, komen-komen pedas diberikan pengkritik Datuk Ramli MS, bagaimana pula dengan minggu ini. Adakah komen Ramli akan sama pedasnya atau mungkin lebih pedas lagi.

 

Minggu ni bakal membabitkan persembahan yang berikut:

· Aiman – Kesedaran (Gaya Zakry)

· Aiman & Rahim Maarof – Lizawati (Rahim Maarof)

· Salma – Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Fazira)

· Salma & Erra Fazira – Medley lagu-lagu Erra (Cemburu, Jendela Hati, Pertemuan)

· Iqa – Kenangan Lalu (Flybaits)

· Iqa & Edry – Istana Cinta (Saloma)

 

Di samping itu, segmen protege pilihan juga akan dimuatkan dalam konsert minggu ini seperti minggu lalu.

 

Untuk segmen lagu bonus, kesemua protege akan mendendangkan medley lagu-lagu Jamal Abdillah.

Saksikan konsert ini secara langsung dari Auditorium MBSA melalui TV3 pada Ahad ini, jam 9 malam.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top