Kegagalan melayakkan diri untuk menjadi pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) sebaris dengan Mawi sama sekali tidak mematahkan semangat Nurshiha Mohd Zikir atau Shiha, 24, untuk bergelar penyanyi profesional.

Malah, usaha Shiha yang banyak kali menyertai pelbagai uji bakat dalam bidang nyanyian amat berbaloi kerana akhirnya gadis dari ibu kota ini dipilih oleh Datuk Sharifah Aini sebagai protege untuk program Mentor 5. Pada waktu yangsama, dia juga turut disenarai pendekkan sebagai pelajar AF7 .


"Shiha bercita-cita besar nak jadi penyanyi profesional serta penyanyi serba boleh. Jadi, Shiha mahu mengambil peluang ini sebagai satu platform baru untuk diri Shiha mencapai cita-cita dan impian Shia selama ini.

"Gagal dalam prelude AF3 bukan bermakna Shiha gagal buat selamanya. Siapa tahu dengan penyertaan Shiha dalam Mentor 5 ini mampu membantu Shiha menjadi penyanyi sehebat Datuk Sharifah Aini.

"Shiha berjanji, Shiha akan memberikan komitmen sampai tahap 120% untuk bersaing dengan 5 protege yang lain. Shiha akan cuba memperbaiki cara nyanyian dan menambahkan lagi keyakinan diri. Paling utama, Shiha nak jadi pakar dalam semua jenis nyanyian lagu," katanya yang turut menyumbangkan suara dalam lagu Sofarz iaitu Dan Bila Esok.

Apa yang pasti, biduanita negara Datuk Sharifah Aini sendiri mengakui kelebihan yang ada pada Shiha dalam menyertai pelbagai pertandingan nyanyian yang mana ia menjadikan dirinya yakin untuk memilih Shiha sebagai protege.

"Pada saya, pengalaman itu mustahak. Itu adalah bonus buat Kak Pah dalam memilih Shiha sebagai protege. Setakat ini, Shiha seorang yang mudah dilentur. Dia juga dapat buktikan kepada Kak Pah bahawa dia boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu.

"Kini, Kak Pah mahu fokus pada kemampuan vokalnya. Sungguhpun kita lihat Shiha mempunyai keyakinan yang bagus tetapi Kak Pah tahu kelemahan yang perlu diperbaiki Shiha. Kak Pah tahu Shiha pernah gagal dalam AF.

"Namun Kak Pah langsung tidak takut dengan kegagalan itu. Mungkin masa tu dia gagal, tapi tidak tahu sekarang. Bukan mudah untuk melalui kegagalan kerana Kak Pah sendiri pernah melaluinya sepanjang bergelar penyanyi. Bagi Kak Pah juga, semuanya itu adalah personal choice. Mungkin tuah Shiha ada di sini," jelas Kak Pah.

Bermula Ahad ini, jam 9 malam, Shiha akan berentap dengan 5 protege yang lain iaitu Salma, Ayish, Ratnah, Aiman dan Iqa. Saksikan siaran langsung Mentor 5 di TV3 bersama hos Ally Iskdandar dan hos bersama, Nas Ahmad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top