Seperti ramai yang sedia maklum, Pan Pacific merupakan sebuah jenama antarabangsa yang tidak asing lagi dan Pan Pacific KLIA menerajui jenama ini di Malaysia dengan menyediakan penginapan serta perkhidmatan bertaraf lima bintang buat para pelawat antarabangsa yang memerlukan penginapan paling dekat dengan lapangan terbang untuk mengejar destinasi seterusnya.

 

Untuk pengetahuan umum, dalam banyak-banyak hotel di Malaysia, Pan Pacific KLIA merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang ‘bersempadankan dunia’. Ini kerana hotel ini benar-benar bersebelahan dengan lapangan antarabangsa Kuala Lumpur yang menghubungkan Malaysia dengan pelbagai destinasi di seluruh dunia. Malah ia juga didekatkan lagi melalui sebuah laluan jambatan (sky bridge) bagi memudahkan tetamu hotel untuk menyeberang ke lapangan terbang demi mengejar penerbangan mereka.

Pan Pacific KLIA 01 913902525

Selain kedudukannya yang sangat strategik iaitu di sebelah terminal utama lapangan terbang, hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang mempunyai kaunter daftar masuk (check-in counter) di lapangan terbang sendiri. Kaunter yang terletak di bahagian pengambilan bagasi kaunter balai ketibaan lapangan terbang Kuala Lumpur ini memudahkan proses para tetamu hotel untuk mendaftar masuk sebaik sahaja tiba di KLIA. Ini bermakna tetamu yang sampai di lapangan terbang tidak perlu menunggu untuk mendaftar masuk di ruangan lobi hotel. Tambahan pula, sebaik sahaja tiba, perkhidmatan kereta buggy 24 jam ada disediakan untuk menjemput dan menghantar para pengunjung yang menginap di hotel ini. Perkhidmatan ini adalah percuma dan ini memudahkan para pengunjungb supaya tidak perlu berjalan ke lapangan terbang dengan bagasi yang ada.

 

Berbekalkan 441 buah bilik dan suite mewah, hotel ini ternyata setanding hotel-hotel lima bintang lain yang terdapat di tengah-tengah ibukota malah lebih luas kerana persekitarannya yang lapang.

 

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, pusat kesihatan dan senaman, gelanggang tenis luar, dewan serbaguna, salon kecantikan dan macam-macam lagi.

 

Dan biarpun berada di lapangan terbang, pilihan hidangan yang ada di hotel ini juga turut membuka selera setiap yang berpeluang menjamah sajian di tempat-tempat makannya iaitu Degrees, Travellers Bar & Grill serta Pool Terrace cafe yang terletak bersebelahan kolam renang hotel ini. Kesemua tempat makan hotel ini memberikan aneka pilihan makan yang lazat sejajar dengan reputasi Pan Pacific yang sinonim dengan kehebatan masakan mereka.

Pan Pacific KLIA 02 474288446

Pendek kata, sekiranya anda inginkan keselesaan dalam mengejar pesawat atau penerbangan, Pan Pacific KLIA pasti menepati citarasa. Ini kerana anda tidak perlu hiraukan kesesakan lalulintas atau sebarang gangguan lain yang mungkin melambatkan perjalanan anda ke lapangan terbang. Ini kerana, jika anda menginap di sini anda tahu yang anda hanya beberapa minit sahaja bersebelahan dengan balai berlepas dan boleh mengambil masa tanpa perlu tergesa-gesa. Lagipun semua orang ingin bersantai sewaktu mengembara dan bercuti ke luar negara. Jadi mengapa tidak ‘mulakan percutian anda’ di Pan Pacific KLIA sebelum berlepas ke destinasi selanjutnya!

 

Hotel Pan Pacific KLIA juga baru sahaja memenangi 'The BrandLaureatte Awards 2010-2011' bagi kategori Best Brands in Airport Hotel untuk kali ketiga.”






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top