Berikut penjelasan penerbit eksekutif dan pengarah Mentor 5, Muhamad Sufian Isa terhadap ketidakpuasan hati Edry:

Isu giliran persembahan
Kita akan berlaku adil kepada semua protege. Semuanya akan berpeluang untuk merasai giliran membuat persembahan pertama, terakhir… Minggu ini, Iqa di dulukan. Kami tidak lakukan cabutan undian tetapi produksi Mentor dan pihak TV3 cukup profesional untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan. Katakan kami buat cabutan undi pun, apa yang akan berlaku jika protege itu asyik mendapat giliran pertama. Maknanya, takkan habis cerita ini.

Elemen drama
Ini sebuah program realiti berdasarkan pertandingan nyanyian. Anda boleh tanya Edry, Erra dan Rahim Maarof, apa yang kami rakamkan tidak dibuat-buat tetapi adalah luahan protege itu sendiri. Tambahan pula, setiap mentor mempunyai strategy masing-masing apa yang ingin ditonjolkan.

Ia tidak dirancang. Ia berlaku secara spontan dan pihak produksi akan mengambil elemen yang terbaik dan itu ‘angle’ yang diketengahkan. Tetapi harus diingat elemen simpati bukan elemen kemenangan. Dan kita tidak boleh nafikan kehebatan Salma pada malam ini.

Ini sebuah permainan. Tetapi walaubagaimanapun, ia masih sebuah pertandingan menyanyi. Apa yang dititikberatkan adalah vokal. Sebab itu kita meletakkan peratusan pemarkahan sebanyak 50% pada juri profesional. Kalau kita lihat, mereka tidak dipengaruhi bila Iqa mendapat 19 markah dari juri awam. Ini sebahagian daripada permainannya, tidak melibatkan isu pengaruh-mempengaruhi kerana pada akhirnya, juri profesional yang tentukan markah.

Sememangnya standard Kumpulan B lebih tinggi pada pandangan juri profesional, hinggakan markah yang diberi hampir mencecah 100. Jika kita lihat perbezaan markah dalam Kumpulan A, lebih daripada 20 markah membezakan di antara tempat pertama dan kedua.

Mentor seharusnya memberi gambaran yang lebih bagus, memberi semangat pada protege untuk bangun berjuang kerana masih ada dua pusingan lagi. Semua mentor sudah dimaklumkan tentang elemen drama dan mereka pun dah menonton program Mentor sebelum ini, perjalanannya, ‘set-up’-nya. 

Tetapi benda ini boleh diperbetulkan. Selepas ini kami akan berbincang balik dengan mentor.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top