Kenderaan elektrik telah diluluskan penggunaannya di atas jalan raya selepas ia memenuhi syarat pendaftaran di bawah Seksyen 10 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, setakat ini tidak kurang daripada 10 syarikat telah diberi kelulusan oleh kerajaan untuk membangunkan kenderaan sedemikian termasuk motosikal.

"Adalah dijangkakan, semua kenderaan elektrik akan dapat didaftarkan sebagai pengangkutan awam pada pertengahan tahun ini apabila ia didaftarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Solah juga berkata, Akta Pengangkutan Jalan memberi kelonggaran kepada kenderaan elektrik dikecualikan daripada menggunakan nombor casis kecuali nombor enjin, sebagai kenderaan bermotor yang lain.

"Dakwaan sebelum ini bahawa kenderaan elektrik tidak dapat beroperasi di atas jalan sebagaimana kenderaan berjentera yang lain yang menggunakan bahan bakar petrol dan gas, adalah tidak benar.

"Cuma ia terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Standard Piawaian yang dianggotai oleh MIROS, JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebelum dapat digunakan sepenuhnya," katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top