Hari ini hari terakhir sesi ujibakat Sejuta Impian. Seperti yang dijangka, ramai yang tidak melepaskan peluang ini untuk mencuba nasib mereka. Sehingga jam 4 petang (pendaftaran bermula seawal 10 pagi), hampir 120 orang telah mendaftar.

Yang cukup mengejutkan GUA, kehadiran beberapa wajah ‘familiar’ di kalangan mereka ini, antaranya pelakon popular, Rashidi Ishak.

Nak tahu apa impian Rashidi…hah, rupa-rupanya suami kepada aktres Vanidah Imran ini ingin memulakan sebuah portal untuk golongan belia. Dinamakan ‘Apakah!’, portal ini disasarkan pada golongan belia yang akan dipertanggungjawabkan juga untuk membekalkan kandungan kepada portal itu.

Idea untuk Apakah!, kata Rashidi, timbul dari anak-anaknya, Mikhail Imran, 10, dan Maryam Rashika, 7 dan sudah bersarang di kepalanya sejak dua tahun lalu tetapi belum lagi diletakkannya di atas kertas sehinggalah diumumkan program ‘Sejuta Impian’. Kongsinya, dia amat bimbang bila melihat betapa terdedahnya mereka kepada semua yang baik dan buruk di Internet dan tekanan yang mungkin diterima dari persekitaran mereka, hanya kerana ingin dilihat sebagai ‘cool’.

“Objektif disebalik Apakah! adalah untuk menunjukkan kepada golongan belia yang ‘it’s cool and hip to be good’. Masalah dengan belia-belia adalah persepsi jika mereka hendak menjadi ‘cool’, ia perlu dalam cara yang negatif. Tidak salah untuk menjadi belia yang ‘outstanding’, tiada perlunya untuk menjadi seorang ‘rebel’.

“Mesej ini perlu ditekankan dari awal. Sebagai ibubapa, kita semestinya ingin melindungi anak-anak kita. Saya bimbang apa yang bakal dihadapi mereka di masa depan sebab kita tak boleh mengawal dengan siapa mereka berkawan,” tambah Rashidi yang memberitahu akan diteruskan juga perancangannya untuk Apakah! yang memerlukan wang sebanyak RM50ribu untuk dimulakan walaupun dia tidak mendapat dana dari Sejuta Impian.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top