| Realiti Kehidupan Seorang Gay dalam filem …Dalam Botol 24 Mac ini! Berani mati! mungkin itu perkataan yang sesuai untuk melambangkan keberanian pernerbit dan pengarah filem …Dalam Botol, Raja Azmi dan Khir Rahman. Mungkin tidak ramai pengarah dan penerbit yang berani memaparkan filem yang mengangkat isu gay dan transvestit, lebih-lebih lagi ia bisa mengundang ke sensitiviti bukan sahaja daripada kaum itu tetapi juga daripada pelbagai pihak lain. Biarpun ia diarahkan dengan berlandaskan kisah benar seorang lelaki gay, namun, adegan mesra antara pelakon utama, Arja Lee dan kekasihnya, Ghaus (Wan Raja) boleh menimbulkan salah faham pada penonton. Bagaimanapun, Raja Azmi dan Khir Rahman patut dipuji bukan sahaja kerana keberanian mereka tetapi juga kerana rasa tanggungjawab mereka memberi kesedaran pada masalah kronik yang sedang berlaku secara berleluasa sekarang ini. Lebih membanggakan Raja Azmi, satu salinan filem itu akan disimpan di Library of Congress bertempat di Washington, Amerika Syarikat bagi tujuan kajian filem. Menurut Raja Azmi, apabila media tempatan memberi liputan meluas mengenai filem itu, media antarabangsa turut terbaca dan mula mengikuti perkembangannya sehinggalah penggambaran selesai. "Asalnya mereka sangka kisahnya mengenai kes liwat dan terkejut bagaimana Malaysia boleh menghasilkan filem sebegitu. Selepas mendapat tahu jalan kisahnya, mereka terus menghubungi saya untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana saya memperoleh kelulusan daripada pihak terbabit bagi menghasilkan filem ini. "Mereka ingin tahu bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara Islam tiada masalah menerbitkan filem dengan tema berat seperti itu. "Akhirnya atas permintaan daripada media asing termasuklah Associates Press (AP) dan Reuters, saya pun mengadakan previu khas filem ini kepada mereka serta beberapa 'bloggers' di Finas (Perbadanan Filem Nasional Malaysia) pada 10 November lalu. "Mereka memberikan respon yang cukup baik dan menganggap ia langkah yang jujur dan berani," katanya. Bagi peminat-peminat filem, jangan lupa saksikan filem ini yang bakal menemui penonton pada 24 Mac ini. Sinopsis: Filem … Dalam Botol arahan Khir Rahman yang membariskan pelakon seperti Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid. Filem yang mengisahkan cinta sejenis antara Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) sehinggakan Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby dengan melakukan satu pembedahan menukar jantina di London. Namun, perubahan Ruby itu menyebabkan Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Lebih menyulitkan keadaan apabila hormon lelaki di dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan ingin kembali menjadi seorang lelaki yang mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baik budi, namun keadaan fizikalnya yang bukan lagi seorang lelaki tulen kerana sudah membuang alat sulitnya menyukarkannya mendampingi gadis yang diidamkan.
Berani mati! mungkin itu perkataan yang sesuai untuk melambangkan keberanian pernerbit dan pengarah filem …Dalam Botol, Raja Azmi dan Khir Rahman. Mungkin tidak ramai pengarah dan penerbit yang berani memaparkan filem yang mengangkat isu gay dan transvestit, lebih-lebih lagi ia bisa mengundang ke sensitiviti bukan sahaja daripada kaum itu tetapi juga daripada pelbagai pihak lain. Biarpun ia diarahkan dengan berlandaskan kisah benar seorang lelaki gay, namun, adegan mesra antara pelakon utama, Arja Lee dan kekasihnya, Ghaus (Wan Raja) boleh menimbulkan salah faham pada penonton. Bagaimanapun, Raja Azmi dan Khir Rahman patut dipuji bukan sahaja kerana keberanian mereka tetapi juga kerana rasa tanggungjawab mereka memberi kesedaran pada masalah kronik yang sedang berlaku secara berleluasa sekarang ini. Khir Rahman dan Raja Azmi yang bertindak selaku pengarah dan penerbit Lebih membanggakan Raja Azmi, satu salinan filem itu akan disimpan di Library of Congress bertempat di Washington, Amerika Syarikat bagi tujuan kajian filem. Menurut Raja Azmi, apabila media tempatan memberi liputan meluas mengenai filem itu, media antarabangsa turut terbaca dan mula mengikuti perkembangannya sehinggalah penggambaran selesai. "Asalnya mereka sangka kisahnya mengenai kes liwat dan terkejut bagaimana Malaysia boleh menghasilkan filem sebegitu. Selepas mendapat tahu jalan kisahnya, mereka terus menghubungi saya untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana saya memperoleh kelulusan daripada pihak terbabit bagi menghasilkan filem ini. "Mereka ingin tahu bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara Islam tiada masalah menerbitkan filem dengan tema berat seperti itu. "Akhirnya atas permintaan daripada media asing termasuklah Associates Press (AP) dan Reuters, saya pun mengadakan previu khas filem ini kepada mereka serta beberapa 'bloggers' di Finas (Perbadanan Filem Nasional Malaysia) pada 10 November lalu. “Mereka memberikan respon yang cukup baik dan menganggap ia langkah yang jujur dan berani," katanya. Bagi peminat-peminat filem, jangan lupa saksikan filem ini yang bakal menemui penonton pada 24 Mac ini. Sinopsis: Filem … Dalam Botol arahan Khir Rahman yang membariskan pelakon seperti Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid. Filem yang mengisahkan cinta sejenis antara Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) sehinggakan Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby dengan melakukan satu pembedahan menukar jantina di London. Namun, perubahan Ruby itu menyebabkan Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Lebih menyulitkan keadaan apabila hormon lelaki di dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan ingin kembali menjadi seorang lelaki yang mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baik budi, namun keadaan fizikalnya yang bukan lagi seorang lelaki tulen kerana sudah membuang alat sulitnya menyukarkannya mendampingi gadis yang diidamkan. |
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa

0 ulasan:
Catat Ulasan