Kehadiran musim cuti sekolah pasti mengembirakan keluarga. Menambah keriangan musim percutian kali ini, Tonton kini menawarkan wang tunai sehingga RM888 setiap minggu sehingga 10 April. Pengalaman melayari pelbagai rancangan menerusi TV Internet kini pasti berbeza dengan tawaran hadiah tunai yang lumayan untuk pelayar bertuah!

Penyertaan terbuka kepada semua pelayar berdaftar di Tonton dan juga rangkaian portal televisyen di bawah Media Prima. Hanya enam langkah mudah untuk menang dan pelayar dengan markah tertinggi bakal membawa pulang hadiah tunai mingguan. Pertandingan ‘Tonton & Menang’ ini yang dibawakan Alt Media Sdn Bhd (anak syarikat Media Prima Berhad) khusus meraikan pelanggan setia portal Tonton yang kini berjumlah hampir 1.4 juta pengguna berdaftar semenjak dilancarkan lapan bulan yang lalu.

Untuk menyertai, pelayar hanya perlu menonton 10 episod pilihan di portal Tonton dan klik pada tetingkap harta 'Tonton & Menang' yang akan muncul dalam mana-mana rancangan terpilih. Pelayar kemudiannya perlu memasukkan kata nama dan kod laluan untuk mendapat mata ganjaran. Tonton kesemua 10 episod dan kumpul mata ganjaran terbanyak untuk menang hadiah mingguan!

Jangan lepaskan peluang keemasan sambil menonton rancangan kegemaran anda melalui portal Tonton. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh diperoleh di http://www.tonton.com.my/watchandwin.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top