Perkara ini telah diakui oleh Nana sendiri sewaktu dihubungi murai.com.my.
Jelas Nana, menyedari masih ada cinta antara mereka, selain faktor dua cahaya mata comel yang masih memerlukan kasih sayang, ia membuatkan mereka sepakat untuk bersatu semula.
"Alhamdulillah, kami telah pun rujuk semula pada minggu lalu (Jumaat). Sein mengemukakan perkara tersebut kepada saya. Setelah berfikir dan berbincang akhirnya saya bersetuju untuk hidup bersama semula dengannya. Memang saya masih lagi menyayanginya selain kerana anak-anak kami," katanya kepada murai.com.my ketika diminta mengulas mengenai berita penyatuan mereka itu.
Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran, jelas Nana, sepanjang tempoh perpisahan tersebut, ia banyak mengajar mereka berdua tentang erti kehidupan.
"Apabila berpisah, baru kami tahu kami masih memerlukan antara satu sama lain. Baru perasan yang kita ini dah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kadang kala, kita ingat kita boleh lakukan sesuatu benda itu secara sendiri. Rupanya tidak," katanya lagi.
Menyentuh mengenai kisah kewujudan orang ketiga yang dikatakan sebagai punca perpisahan antara mereka, Nana menafikan perkara tersebut. Sebaliknya, dia mahu membuka lembaran baru bersama suaminya itu.
"Benda yang dah lepas, saya malas nak fikirkan lagi. Saya nak buku buka baru dalam kehidupan kami. Tapi, mengenai isu orang ketiga itu saya sendiri tak pernah mengiyakan pun gosip itu. Doakanlah semoga kehidupan kami selepas ini aman bahagia," katanya yang akan mengadakan kenduri kesyukuran pada awal April ini.
Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.
Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, setahun.
~ Murai
.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan