Pemberian dana berkenaan juga berperanan mencetus semangat dan titik permulaan bagi belia sama ada individu atau secara berkumpulan dalam merealisasikan impian dan hasrat murni mereka demi kebaikan bersama. Sekiranya anda juga menyimpan hasrat ataupun impian, sertailah pencarian peserta yang masih rancak dijalankan pada hari ini (13 Mac 2011) di East Coast Mall, Kuantan, Pahang, dari jam 3 petang hingga 5 petang.
Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah usia 18 tahun, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing ketika hadir di lokasi uji bakat.
Tugasannya amat mudah. Anda hanya perlu berdiri atas kotak dan nyatakan impian anda. Pihak produksi juga mengalu-alukan penyertaan secara online menerusi e-mel di alamat rasmi sejutaimpian@tv3.com.my sehingga 13 Mac 2011. Calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi pihak produksi pada hujung bulan ini.
Sejuta Impian bakal disiarkan menerusi TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini dan setiap Ahad, jam 7.30 petang. Program realiti ini ditaja khas Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) sebagai penyalur penaja dana.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini boleh layari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.
0 ulasan:
Catat Ulasan