Ahad ni, Kumpulan A kembali berentap untuk pusingan kedua persaingan mereka di dalam musim kelima Mentor.

Selepas persembahan Kumpulan B minggu lepas yang mendapat pujian dari juri tetap Datuk Hj Ramli MS, kini ramai yang meletakkan harapan tinggi pada Ayish, Ratnah dan Shiha untuk menyampaikan satu konsert yang mantap.

Semestinya konsert Mentor 5 Ahad ini memang tak boleh ‘miss’.

Konsert minggu ini turut menjanjikan sesuatu yang istimewa, dari segi kehadiran seorang tetamu khas, yang diterbangkan dari seberang. Siapa dia?

Bukannya KD yang sekarang ini sedang dibuai kebahagiaan alam perkahwinan. Ada yang teka Rossa? Ya! Tak lain dan tak bukan pelantun lagu “Ayat-Ayat Cinta” tersebut.

Menurut pihak produksi, Rossa akan mendendangkan lagu “Ku Menunggu”, sebagai halwa telinga buat penonton Mentor 5.

Jadi, apalagi…jam 9 malam, Ahad ini di TV3, pacakkan diri di depan TV tu!






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top